10 PESANAN IMAM SHAFIE
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat  berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Pesanan Imam Shafie  yang patut dihayati dan diikuti oleh umat Islam ialah: ” Barangsiapa  yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia  mengamalkan 10 perkara: 
1.Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2.Hak  kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan  yang tertinggal,  mendapatkan kemaafan dari orang yang di zalimi, membuat persediaan  untuk mati dan merasa cinta kepada  ALLAH 
3.Hak kepada kubur:  membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata,  memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
4.Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5.Hak  kepada mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan  kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan  kesulitan.
6.Hak kepada sirat(titian yang merintangi neraka pada  hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu  orang beriman dan suka berjamaah.
7.Hak kepada Malik(malaikat  penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik  kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan  memperelokkan akhlak.
8.Hak kepada Ridhzuan(malaikat penjaga  syurga): merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala,  bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat. 
9.Hak  kepada Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat,  bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan  bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH. 
10.Hak kepede   ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari  kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
KALENDAR
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI
PAUTAN SAHABAT
BAHAN BANTU MENGAJAR
PAUTAN UNIVERSITI
Majlis PKG NSDK
JABATAN MUFTI
AL-QURAN
TERKINI
30 September 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

















0 ulasan:
Post a Comment