SELAMAT DATANG KE LAMAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH REMBAU NEGERI SEMBILAN BERSAMA KITA MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM.

TERKINI

|||SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1436 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2015.|SEMOGA TAHUN 2015 LEBIH CEMERLANG BUKAN SAHAJA CEMERLANG AKADEMIK, TETAPI CEMERLANG AKHLAK DAN SAHSIAH,untuk guru-guru yang ingin mencari bahan P&P dan soalan serta bahan KSSR boleh muat turun dari Bahan Ilmu. Harap Maklum!SELAMAT MENYAMBUT ISRA' MIKRAJ 1436H

28 September 2010

MATLAMAT

0 ulasan
PENGENALAN
Laman web Panitia Pendidikan Islam Daerah Rembau diwujudkan untuk menjadi pusat rujukan berkaitan Panitia Pendidikan Islam Daerah Rembau di samping menyalurkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam  dan program j-QAF di sekolah rendah.

OBJEKTIF
Menjadi pusat rujukan khusus untuk pelbagai maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam daerah Rembau
Menyalurkan maklumat terkini tentang aktiviti panitia kepada GPI daerah Rembau untuk makluman dan tindakan segera
Menyediakan pelbagai bahan untuk kegunaan GPI dan pelajar ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti koleksi soalan, bahan bantu mengajar dan lain-lain.
Menjadi tempat perbincangan di kalangan GPI bagi meningkatkan kualiti pengurusan panitia Pendidikan Islam di peringkat sekolah
Menyediakan pelbagai pautan laman web berkaitan dengan dunia pendidikan dan ilmu pengetahuan bagi manfaat GPI dan pelajar. Menyediakan peluang kepada GPI untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti panitia sekolah masing-masing dan berkongsi bahan untuk manfaat bersama.
Menjadikan ICT sebagai wadah penyebaran ilmu yang cepat, tepat dan berkesan.
Meningkatkan martabat GPI dalam penggunaan ICT dan perintis kepada usaha mewujudkan laman web khusus untuk manfaat semua warga pendidikan

0 ulasan:

Post a Comment


MARI BERSEMBANG

VIDEO PILIHAN MINGGU INI